KATA NAMA AM
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. __________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A Kebun C Buah
B Pokok D Tumbuhan
2. Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
A tajak C parang
B gunting D pisau
3. Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
A tentera C rela
B polis D kastam
4. _________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.
A Orang C Atlet
B Pasukan D pemain
5. Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.
A perumah C perumahan
B rumah D berumah
6. Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli dengan rakan-rakannya.
A pekerja C pegawai
B peniaga D usahawan
7. Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.
A ketuaan C mengetua
B ketua D pengetua
8. Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.
A pelancung C pelancong
B pendatang D pelawat
9. Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah kecemerlangan akan diadakan lusa.
A taman C kantin
B dewan D kedai
10. Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A pengurus C penjual
B penjaja D pedagang
11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.
A Bas C Basikal
B Kereta D Motosikal
Soalan 12 berdasarkan gambar 1
Gambar 1
12. Kakak mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu.
A subang C kerongsang
B gelang D cincin
13. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.
A tikar C kotak
B bakul D bekas
14. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.
A jam C radio
B komputer D gitar
15. Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
A dewan C tadika
B sekolah D balai
16. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga sembilan tahun.
A cerpen C skrip
B cerita D novel
17. __________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau mendendangkan lagu.
A Penari C Penyair
B Penyajak D Penyanyi
18. Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada setiap malam.
A pekan C kampung
B negeri D negara
Soalan 19 berdasarkan gambar 2
Gambar 2
19. Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A jejentik C lelabah
B riang-riang D umang-umang
20. Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.
A kad C nota
B kertas D surat
LATIHAN 2 : KATA NAMA KHAS
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .
A Sony C Gen 2
B Nokia D Dell
2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A Mejar Amran C Inspektor Haris
B Hakim Saljit Singh D Peguam Bala
3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada kepada anak
kesayangannya.
A Pilot C Darlie
B Rolex D Satria
4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
A Pasar Raya Tesco C Hotel Perdana
B Stesen KLIA D Bangunan Petronas
5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
A Masjid Negara C Taman Negara
B Zoo Negara D Muzium Negara
6. Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________
peringkat sekolah setiap tahun.
A Hari Ibu C Hari Guru
B Hari Bapa D Hari Pekerja
7. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .
A Bapa Keamanan C Bapa Pemodenan
B Bapa Kemerdekaan D Bapa Perpaduan
8. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.
A Johor C Kelantan
B Pahang D Kedah
9. Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari yang berlaku
barRU-baru ini.
A Bangunan KLCC C Planetarium Negara
B Menara Kuala Lumpur D Pusat Dagangan Dunia
10. Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang
Dipertuan Agung.
A Istana Negeri C Dewan Merdeka
B Istana Negara D Bangunan Parlimen
11. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.
A Peguam Kamal C Perdana Menteri
B Ketua Polis D Hakim Gopal Singam
12. Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.
A Pulau Pinang C Pulau Pangkor
B Pulau Langkawi D Pulau Redang
13. Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani
rawatan di ________ .
A Institut Aminuddin Baki C Institut Pengajian Tinggi
B Institut Jantung Negara D Institut Perguruan
14. Seekor lembu peliharaan Pak Mail telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut
rumput di hujung kampung.
A Sang Kancil C Sang Rangkak
B Pak Belang D Pak Bedal
15. Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.
A Pusat Sivik C Dewan Pleno
B Pawagam Odeon D Taman Tasik
16. ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.
A Tok Dalang C Hang Li Po
B Tok Selampit D Hang Tuah
17. Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang
lepas.
A Chikungunya C Tsunami
B Malaria D Gerhana
18. Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan .
A Pesta Ria C Pesta Tani
B Pesta Air D Pesta Heboh
19. Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di
Jerman .
A Piala Emas C Piala Dunia
B Piala Agung D Piala Thomas
20. Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.
A Bahasa Jiwa Bangsa C Cintai Bahasa
B Budi Bahasa Budaya Kita D Sayangi Budi Bahasa Kita
LATIHAN 3 : KATA GANTI NAMA DIRI
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan
Mahmud Shah.
A beta…hamba C yang mulia…beta
B baginda…hamba D tuanku…patik
2._______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan
kepada sahabatnya.
A awak… mereka C Kita … mereka
B Anda … aku D Awak … saya
3.”Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada
kawan-kawannya.
A awak … mereka C aku … kita
B engkau … beliau D kita … dia
4. “Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah
Bendahara Tun Perak
A baginda … tuanku … hamba C tuanku … beta … patik
B beta … baginda … hamba D tuanku … tuanku … patik
5. _______ bertiga telah diarahkan oleh________membersihkan taman mini ini.
A Kami … awak C Mereka … beliau
B Beta … dia D Mu … kami
6. “Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Adnan kepada budak-budak itu.
A anda … dia C kita … beliau
B kamu … ku D awak … saya
7. Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayu.
A nya … awak C aku … kami
B kita … anda D ku … mu
8. Amin bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.
A Mereka C Kami
B Dia D Engkau
9. “Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Taha.
A kami C mereka
B awak D kamu
10. Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.
A kita C mereka
B awak D kami
11. Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja.
A beliau C dia
B baginda D nya
12.“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah
Ah Hong.
A Saya C Dia
B Kami D Mereka
13. ________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.
A Baginda C Beta
B Aku D Hamba
14. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam
suasana yang ceria.
A Mereka C Kita
B Kalian D Kamu
15.“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke
arah perompak yang melarikan diri.
A Hamba, dia C Kami, mereka
B Kita, nya D Saya, dia
16.Sami ialah anak angkat Encik Siva. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.
A kami C kita
B mereka D nya
17. Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.
A nya C mereka
B dia D beliau
18.Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kuantan sejak dua tahun yang lalu.
A ia C nya
B kami D dia
19.Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk
kampung.
A kita C saudara
B kami D ianya
20.Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.
A dia C kalian
B baginda D beliau
LATIHAN 4 : KATA GANTI NAMA PERTANYA
Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama pertanyaan yang betul.
1. “ Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ? ” tanya Rizal kepada Suzi.
A bila C siapa
B apa D mana
2. “ Tolong buka beg , saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya,”
Kata Cikgu Ani kepada Ayu.
A bila C siapa
B apa D berapa
3. “________ Pak Adib dan isterinya akan berangkat ke Mekah ? ” tanya Haji Sudin kepada
isterinya.
A Bilakah C Di manakah
B Siapakah D Bagaimanakah
4. ________ kamu tidak datang ke kelas tambahan semalam ?
A Bagaimanakah C Berapakah
B Mengapakah D Bilakah
5. ________ harga sekilogram buah duku ini ?
A Di manakah C Bilakah
B Berapakah D Adakah
6. Selamat pagi, ________pesanan cik ?
A bilakah C apakah
B adakah D di manakah
7. _______ kamu akan bertolak ke London ?
A Bilakah C Siapakah
B Berapakah D Di manakah
8. _______ caranya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?
A Bilakah C Berapakah
B Siapakah D Bagaimanakah
9. Bilangan pelajar yang dipilih menyertai pertandingan lukisan itu ______?
A bila C siapa
B apa D berapa
10. Tuan punya kereta berwarna putih itu ______ ?
A siapa C apa
B mana D berapa
11. Harga buku yang kamu beli itu _____ ?
A mana C kenapa
B berapa D bagaimana
12. Beg yang kamu beli itu untuk ______?
A berapa C siapa
B mana D apa
13. “______ lagi yang tidak kena ,Amin ?”tanya ibu.
A Apa C siapa
B Bila D Mengapa
14. Pada hari ______kah kamu akan pulang ke Negeri Sembilan?
A bila C apa
B mana D berapa
15. Yang ______kah baju yang sesuai dipakai untuk majlis di istana nanti?
A bagaimana C siapa
B mana D apa
16. Cara untuk menenun kain songket _____?
A bagaimana C berapa
B mengapa D siapa
17. Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _____?
A apa C siapa
B mana D mengapa
18. Perasmi sukan tahunan sekolah kamu _____?
A berapa C apa
B siapa D bila
19. Yang duduk di hadapan guru besar itu _____?
A apa C bila
B berapa D siapa
20. Adik-beradik awak _____ orang?
A apa C siapa
C berapa D bagaimana
LATIHAN 5 : KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. “ Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatin kepada
jurujual itu.
A mana C ini
B apa D siapa
2. Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Abu.
A ini C sini
B itu D situ
3. Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
A itu C sana
B ini D sini
4. Suria tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
A apa – apa C mana – mana
B bila – bila D siapa – siapa
5. “Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung
kepada pemuda di sebelahnya.
A sana C sini
B ini D itu
6. Para tetamu diminta duduk di ________________ tempat yang masih kosong.
A mana – mana C apa – apa
B mana D sesiapa
7. Letakkan meja dan kerusi rosak ini di _____________ bilik yang mempunyai ruang,” kata guru
disiplin kepada murid – murid.
A mana – mana C siapa – siapa
B bila – bila D apa – apa
8. “Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?’ tanya Encik Adam kepada lelaki itu.
A mana C berapa
B apa
9. “Awak berasal dari ______________?” tanya Umar kepada jiran barunya.
A apa C mana
B siapa
10. Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah menjawab soalan itu.
A mana – mana C bila – bila
B apa – apa D siapa – siapa
11. Puisi _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama –
lamanya,” kata Mira.
A sini C itu
B sana D ini
12. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.
A itu C sana
B ini D begitu
13. Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua penumpangnya
meninggal dunia.
A ini C sini
B begitu D begini
14. Perbuatan pemuda itu mencuri barang – barang surau akan menimbulkan kemarahan penduduk
di _____________.
A ini C begitu
B situ D demikian
15. Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak
polis.
A apa – apa C bila – bila
B mana – mana D siapa - siapa
16. Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Teh secara percuma semasa acara
cabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Mutiara.
A situ C ini
B sini D itu
17. Pilih ________________ kasut yang padan warnanya dengan baju kebaya itu.
A siapa - siapa C bila – bila
B mana – mana D apa – apa
18. ________________ lah nasib yang dialami oleh Lebai Malang itu.
A begini C situ
B begitu D sini
19. ________________ sajalah buah tangan yang dapat saya berikan kepada kamu.
A ini C sana
B itu D sini
20. Kita perlu berusaha gigih, rezeki ada di ______________ .
A bila – bila C siapa – siapa
B apa – apa D mana – mana
LATIHAN 6: KATA GANTI NAMA TAK TENTU
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. _________ yang berminat mengambil bahagian dalam perlawanan itu, dikehendaki membuat pendaftaran.
A Apa-apa C Siapa-siapa
B Bila-bila D Mana-mana
2. “Serahkan _________ yang ada di dalam beg itu kepada aku!” kata
perompak itu kepada Mak Munah.
A mana-mana C siapa-siapa
B apa-apa D bila-bila
3. Salim tidak menjamah _________ makanan pun hari ini.
A apa-apa C siapa-siapa
B mana-mana D bila-bila
4. Entah _________ lagi kami sekeluarga akan dapat pulang ke kampung.
A mana-mana C apa-apa
B bila-bila D siapa-siapa
5. Emak melarang adik ke __________ semasa beliau membayar harga makanan di kaunter.
A mana-mana C siapa-siapa
B bila-bila D apa-apa
6. __________ yang kehilangan jam tangan, sila berjumpa dengan saya.
A Mana-mana C Siapa-siapa
B Bila-bila D Apa-apa
7. Antara baju-baju ini pilihlah __________ yang adik berkenan.
A apa-apa C siapa-siapa
B bila-bila D mana-mana
8. Adakah __________ berita tentang keadaan ekonomi negara kita?
A bila-bila C mana-mana
B apa-apa D siapa-siapa
9. Pesanlah __________ makanan yang awak hendak.
A mana-mana C siapa-siapa
B apa-apa D bila-bila
10. Hasnah tidak suka __________ pun bertanyakan masalahnya.
A bila-bila C siapa-siapa
B mana-mana D apa-apa
11. Kami akan tiba __________ masa sahaja.
A bila-bila C siapa-siapa
B mana-mana D apa-apa
12. _________ barang yang berharga eloklah diselamatkan dahulu.
A Apa-apa C Mana-mana
B Bila-bila D Siapa-siapa
13. Tiada _________ dibenarkan masuk ke dalam bilik itu kecuali kakitangan yang berkenaan.
A apa-apa C mana-mana
B sesiapa
14. “Pilihlah _________ kuih yang adik suka,” kata Puan Rokian kepada
anak bongsunya.
A mana-mana C siapa-siapa
B apa-apa D bila-bila
Soalan 15 berdasarkan gambar 1
Gambar 1
15. __________ pun pandangan kita tentang vandalisme, fenomena ini wajar dibanteras.
A Mana-mana C Sesiapa
B Apa-apa D Bila-bila
16. __________ yang tidak mengikut arahan akan dikenakan tindakan.
A Siapa-siapa C Bila-bila
B Apa-apa D Mana-mana
17. __________ yang tidak faham, tolong angkat tangan.
A Siapa-siapa C Bila-bila
B Mana-mana D Apa-apa
18. Kamu tidak dibenarkan menulis __________ sehingga dibenarkan berbuat demikian.
A apa-apa C bila-bila
B mana-mana D siapa-siapa
19. Duduklah di __________ yang kamu suka kerana tempat duduk ini tidak bernombor.
A apa-apa C mana-mana
B bila-bila D siapa-siapa
20. Tidak ada __________ lagi yang boleh kamu buat kerana semua kerja telah disiapkan.
A mana-mana C bil-bila
B siapa-siapa D apa-apa
LATIHAN 7 : KATA KERJA
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara
sungai.
A menghulurkan C meletakkan
B melontarkan D melabuhkan
2. Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
A mencapai C menggarap
B menduduki D merangkul
3. Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan
tebal di kaki bukit.
A terjumpa C berjumpa
B dijumpai D menjumpai
4. Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menumbangkan C menewaskan
B menundukkan D menumpaskan
5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
A penghapusan C penerokaan
B pembersihan D pembasmian
6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A mengikis C meraut
B menarah D mengupas
Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
7. A Ali suka membaca buku.
B Dia pancing ikan di sungai.
C Ahmad tendang bola itu.
D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.
8. A Adik saya suka menangis.
B Air sungai itu mengalir deras.
C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.
D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.
Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .
9. A Pak Mat sedang membelah kayu.
B Ruzila sedang memasak kuih.
C Noraini sedang makan buah rambutan.
D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.
10. A Jangan melompat.
B Dia lompat jauh.
C Dia senyum kepada saya.
D Ani bersalam dengan saya.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit C menjamah
B mengonggong D memakan
12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A ditipu C ditegur
B disapa D dikunjungi
13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut C memotong
B mencukur D menggunting
14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong C menziarahi
B mendatangi D menemui
15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum
membakarnya.
A meraut C memasuk
B menjolok D mencucuk
16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
A menyanyikan C mengalunkan
B mempamerkan D mendendangkan
17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan
Kampung Aman.
A diangkat C dipegang
B disambut D dijulang
18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu C menyodok
B meminum D mencedok
19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir C terbabas
B tersangkut D tersangkut
20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A menenun C menyirat
B menganyam D menyulam
LATIHAN 8 : KATA ADJEKTIF
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Lampin adik berbau _________ kerana dia telah kencing.
A hapak C kering
B hanyir D haring
2. Kita boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana ia lebih _________
dan ________.
A baik…lambat C selesa…kuat
B lemah…deras D selesa…cepat
3. Kemarahan jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain
sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.
A membara C menaik
B reda D membakar
4. Razak terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo Negara.
A lawa C anggun
B cantik D jelita
5. Kebanyakan penonton berasa ________ kerana perlawanan hoki itu
ditangguhkan akibat hujan sangat ________.
A kecewa…renyai C hampa…hebat
B duka…kuat D kecewa…lebat
6. Darah _______ memancut daripada tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris akibat
fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
A merah C kuning
B putih D merun
7. Tidak ada orang yang sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita seperti askar Israel
kecuali orang yang tidak mempunyai _________ langsung.
A kasih sayang C harga diri
B peri laku D peri kemanusiaan
8. “Buah dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata Nazrul.
A kelat…rendang C manis...tinggi
B manis...lurus D masam...rimbun
9. Para hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.
A hairan...handal C bangga...layak
B terharu...bijak D kagum...petah
10. Murni berasa ________ untuk berpisah dengan keluarga angkatnya setelah seminggu
mengikuti Program Khidmat Mahasiswa di kampung itu.
I pilu III sedih
II sayu IV kecewa
A I dan III C I, II dan III
B II dan III D I, II dan IV
11. Orang yang________________itu berasa berat hati hendak menderma kepada
anak__________itu.
A bakhir ... istimewa C sedih ... cacat
B pilu ... lembab D dungu ... nakal
12. Kuih itu memang_________tetapi terlalu_________ .
A enak ... pahit C sedap ... hanyir
B lazat ... manis D cantik ... payau
13. Dia berjaya kerana dia__________menghadapi cabaran yang mendatang.
A cekap C tabah
B tahan D tuntas
14. Mereka bersahabat___________sejak kecil lagi.
A intim C baik
B mesra D rapat
15. Bayi itu memang________________ .
A cantik C comel
B tampan D molek
16. Jangan makan keropok yang___________itu.
A lemau C hanyir
B garing D empuk
17 Budak yang____________ bagai bendul itu selalu dibuli oleh
pelajar-pelajar____________.
A hodoh ... sombong C dungu ... degil
B baik ... jahat D lurus ... nakal
18. Belilah barangan____________ . Jangan beli barangan___________ yang rendah mutu
barangannya.
A baik ... buruk C tulen ... palsu
B baru ... lama D klasik ... antik
19. Rumah orang miskin itu__________ .
A condong C bongkok
B bengkok D serong
20. Penggunaan istilah bahasa yang telah__________sesuai digunakan dalam perhubungan
seharian.
A mampan C ceria
B padu D mantap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan