Contoh
Petikan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Tajuk:
Warkah Dari Sabah
Abdul Wahid bin
Sulaiman,
8 jalan Datu Hamdi,
Taman Kinabalu,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah.
8 jalan Datu Hamdi,
Taman Kinabalu,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah.
12 Mei 2008.
Menemui saudara Azli yang kini berada di
Negeri Sembilan . Apa Khabar? Semoga saudara sihat. Saya sekeluarga di Sabah
sihat sejahtera.
Saudara,
Saya
suka berkongsi pengetahuan dengan saudara. Baru-baru ini, saya berpeluang
menghadiri satu ekspo kebudayaan yang diadakan di tempat saya. Saya
berkesempatan menonton persembahan tarian pelbagai kaum yang terdapat di Sabah.
Mula-mula
penonton disajikan persembahan tarian mansasau.Tarian suku kaum Murut diiringi
muzik yang terdiri daripada sembilan biji gong, sebuah gendang dan satu set
bakakung atau kulintangan. Penarinya pula terdiri daripada enam orang wanita.
Penari akan menari sambil memukul canang.
Selepas
itu, tarian daling-daling dipersembahkan oleh tiga pasang penari. Seorang penari
berada di tengah-tengah untuk mengetuai tarian itu. Tarian yang berasal
daripada suku kaum Suluk dan Bajau ini diiringi muzik tradisional Sabah.Tarian
ini biasanya dipersembahkan di Lahat datu dan di Semporna.
Saya
juga berpeluang menonton tarian sumazau. Tarian ini berasal dari daerah Tuaran
dan merupakan tarian tradisional suku kaum Kadazan. Penari-penarinya terdiri
daripada lelaki dan wanita yang menari secara berpasangan. Mereka akan
menggerakkan anggota badan terutamanya tangan secara perlahan-lahan tetapi
seragam. Pergerakan mereka menyerupai pergerakan seekor burung yang sedang
terbang. Tarian sumazau ini diiringi paluan enam jenis gong dan sebuah gendang.
Pergerakan penari tersebut mengikut muzik yang dimainkan. Tarian ini sangat
popular di negeri Sabah.
Saudara yang saya ingati,
Sebenarnya
banyak lagi yang hendak saya ceritakan tentang tarian tradisional masyarakat
masyarakat Sabah kepada suadara. Saya akan ceritakan tarian yang lain dalam
warkah yang akan datang. Akhir kata sambutlah salam saya buat saudara
sekeluarga.
Sekian,
terima kasih.
Saya
yang benar,
Abdul
Wahid
Soalan 1
Soalan Kefahaman
1.Di manakah Abdullah Wahid menyaksikan
persembahan itu?
2.Tarian daling-daling berasal dari mana ?
3.Bagaimana tarian Sumazau ditarikan ?
4.Jika kamu berpeluang ke sabah, tarian
apakah ingin kamu terikan? Mengapa?
Soalan 2
Senaraikan penjodoh bilangan yang terdapat
dalam surat, kemudian bina ayat dengan penjodoh bilangan tersebut.
- Biji
- Sepasang
- Seorang
- seekor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan