Refleksi:
Pengajaran dan pembelajaran Makro
Pengajaran
dan pembelajaran makro telah dijalan selama 30 minit .Tajuk pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan bertajuk “ Warkah dari Sabah”. Sebelum membuat
refleksi pengajaran ini, terlebih dahulu perlu diterang dahulu serba sedikit
latar belakang kelas yang dijalankan pengajaran makro ini. Sekolah ini menetapkan pembahagian kelas
secara “streaming” . Terdapat tiga kelas tahun 6.Pengajaran dan pembelajaran
makro dibuat di kelas yang paling akhir. Murid-muridnya terdiri daripada
pelbagai kecerdasan. Kebanyakannya baru pulih daripada kelas pemulihan. Oleh
itu, tahap kecerdasan mereka aras sederhana sahaja. Murid-murid kelas ini
berjumlah 16 orang sahaja.
Secara
keseluruhannya saya berpuas hati objektif pengajaran saya telah tercapai. Ini
dapat saya ketahui apabila aktiviti menjawab soalan kefahaman dan membina ayat
berdasarkan perkataan penjodoh bilangan. Daripada 16 orang murid boleh
dikatakan 10 orang menjawab dengan betul dua atau tiga daripada empat soalan
yang telah diberikan manakala 6 orang menjawab dengan betul dua daripada empat
soalan. Dalam objektif pengajaran , saya telah menetapkan murid-murid dapat
menjawab dengan betul soalan kefahaman .Selain itu, objektif saya tercapai
apabila murid-murid dapat membina ayat
daripada empat penjodoh bilangan dengan
frasa yang betul. Walau bagaimanapun terdapat dua murid-murid yang boleh dikata
kategori kritikal masih tidak dapat membina ayat dengan betul.Kedua-duanya
diletakkan di kelas pemulihan khas.Di bawah kelolaan guru kaunseling.Majoriti
murid boleh menjawab soalan kefahaman dengan betul keempat soalan sejumlah
empat orang manakala enam orang menjawab dengan betul tiga soalan kefahaman.Soalan
yang menyukarkan murid menjawab ialah bentuk soalan jenis kemahiran berfikir.
Latihan membina
ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan amat memberangsangkan di mana
sejumlah dua belas orang murid dapat menjawab dengan betul. Dua orang murid
perlu di beri bimbingan dari segi struktur ayat dan dua orang lagi perlu di
beri pemulihan.Ayat yang dibina mudah dan berkaitan dengan penjodoh
bilangan.Kebanyakannya membina ayat tunggal.Dari segi penulisan kebanyakan
murid kelas ini perlu dibimbing menulis dengan betul. Terdapat juga kesalahan
ejaan tetapi masih boleh diperbaiki.
Langkah permulaan pengajaran dan pembelajaran saya ialah
mengadakan sesi soaljawab sebagai induksi set memperkenalkan tajuk pengajaran
dan pembelajaran hari itu.Saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti papan
putih,kad manila,pelekat magnet dan lembaran kerja.Murid-murid memberi respon
yang baik dan menunjukkan minat yang mendalam untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran pada pagi itu.
Langkah pertama, saya mengedarkan
petikan surat sambil meminta murid-murid membaca petikan surat kiriman tidak
rasmi dengan senyap dan menerang secara ringkas teknik mengarang surat kiriman
tidak rasmi berdasarkan rangka surat yang ditampalkan di papan putih .
Murid-murid memberi respon yang baik dan membaca dengan tekun.
Langkah kedua, saya menyuruh
beberapa orang murid di dalam kelas ini membaca kuat secara individu sambil
meminta murid-murid lain mendengar serta mencari kelemahan membaca dari segi
sebutan, kelancaran dan intonasinya. Bacaan murid-murid amat memberangsangkan
walaupun terdapat juga beberapa kesalahan dari segi sebutannya.
Langkah ketiga, saya mengadakan
perbincangan bersama-sama murid mengenai isi petikan tersebut dan seterusnya meminta
murid-murid membahagi kepada dua kumpulan untuk aktiviti bersoaljawab.Satu
kumpulan menyoal dan satu kumpulan lagi menjawab soalan. Aktiviti di jalankan
lancar dan teratur. Murid-murid bersaing untuk menjawab soalan.Kawalan kelas
terkawal murid-murid kelas ini begitu berdisiplin.
Langkah keempat, saya meminta
murid-murid mencari penjodoh bilangan di dalam petikan ini dan seterusnya
menyenaraikannya.Penjodoh bilangan yang disenaraikan dijadikan latihan membina
ayat .Seterusnya guru dan murid sama-sama memberi komen mengenai ayat yang telah dibuat.Latihan seterusnya
dibuat oleh murid-murid sambil dibimbing
oleh saya cara menulis dan membina ayat dengan frasa yang betul.
Langkah kelima, saya memberi latihan
pengukuhan menjawab empat soalan kefahaman berdasarkan petikan yang
diedarkan.Kemudian, diterangkan nilai murni yang boleh di dapati pada tajuk
pengajaran dan pembelajaran hari itu.Murid-murid seterusnya menjawab latihan
kefahaman .Kebanyakannya dapat menjawab dengan betul .Akhir pengajaran dan
pembelajaran saya merumus kembali intipati yang telah dipelajari sambil itu
menerap nilai murni yang terdapat pada tajuk yang diajar.
Rumusannya:
Semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan respon daripada murid-murid kelas ini amat menggalakkan. Murid-murid
amat berminat dengan semasa aktiviti dijalankan.Ini dapat dilihat bagaimana
murid-murid saling bersaing untuk membaca petikan,menjawab soalan dan bercerita pengalaman mereka. Penglibatan
murid-murid kelas ini boleh dikatakan memberangsangkan. Walau bagaimanapun
masih terdapat dua orang murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
Bahan Bantu Belajar
Bagi
saya bahan bantu belajar yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran
kurang menarik dan perlu diubah dengan penggunaan carta yang menarik. Tulisan
pada bahan bantu belajar tidak sesuai disebabkan kurang jelas dan kecil.Warna
tulisan sepatut warna hitam atau biru bukannya merah.Bahan bantu belajar boleh
menggunakan contoh sampel surat sebenar atau risalah pelancungan untuk lebih
menarik lagi.Selain itu, boleh menggunakan komputer untuk menayang slaid tentang
tempat pelancungan yang menarik.
Jika saya berpeluang mengajar
pelajaran ini sekali lagi pada kelas yang sama. Saya mungkin menggunakan kaedah
yang sama tetapi dimurnikan penggunaan bahan bantu belajar dengan menggunakan
teknik power point. Bagi saya teknik ini lebih memokuskan murid-murid kepada
pengajaran dan pembelajaran yang diajar pada waktu itu.Teknik latih tubi perlu
dijalankan memandangkan murid-murid di dalam kelas ini yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan dan baru pulih daripada
kelas pemulihan.Penggunaan slaid dapat membantu guru menerangkan intipati
kandungan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik. Murid-murid akan
lebih berminat serta ingin mencuba setiap aktiviti yang dilakukan. Walaupun
untuk menyediakannya perlu melakukan banyak tugasan dan masa untuk membentuk
satu program yang dapat diaplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya terhasil ia dapat memberi banyak manfaat kepada saya dan guru-guru yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan