TEKNIK MENJAWAB KEFAHAMAN
Tip Menjawab
Soalan Sistem Bahasa UPSR
- Kod
kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).
- Masa
yang diperuntukkan 50 minit sahaja. Elak mengambil masa yang terlalu lama
untuk menjawab.
- Konteks
sistem bahasa dalam ujian pemahaman.
A. Morfologi
i. Bentuk kata
§
kata tunggal
§
kata terbitan
§
kata majmuk
§
kata ganda
* Proses pembentukan kata Bahasa
Melayu melalui:
§
pengimbuhan
§
penggandaan
§
pemajmukan
ii. Golongan kata
§
kata nama
§
kata kerja
§
kata adjektif
§
kata tugas
B. Sintaksis
Pengetahuan
tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
sesuai.
Ayat soalan
Ayat jawapan
Ayat sama maksud
Ayat aktif / Ayat pasif
Struktur ayat
Cakap ajuk / pindah
Ayat yang betul
Ketepatan kata
Kesalahan tatabahasa dalam ayat
C. Peribahasa
Mengetahui maksud
simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
penulisan.
D. Sistem ejaan
Perkara yang
diberi penekanan ialah :
i.
Kata asli Bahasa Melayu
ii.
Ejaan kata pinjaman
iii.
Ejaan kata dasar dan kata terbitan
- Baca
setiap soalan dengan teliti.
- Untuk
soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang
disertakan.
- Bilangan
soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan. Jenis soalan ialah;
- Aneka
pilihan mudah. Soalan menghendaki calon memilih satu jawapan betul atau
terbaik.
i. Empat
opsyen jawapan A, B,c dan D
- Aneka
pilihan kompleks. Soalan menghendaki murid memilih satu gabungan jawapan
yang betul atau terbaik.
i. Empat
pilihan jawapan bernombor roman
ii. Empat
opsyen jawapan A, B,C dan D
- Kata
tugas dalam soalan.
Isikan tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai.
Perkataan seerti bagi
Perkataan berlawan bagi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
Pilih jawapan yang sesuai
bagi ayat tanya di atas.
Pilih ayat tanya yang sesuai
bagi ayat di atas.
Pilih ayat yang sama
maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilih ayat yang betul.
- Jawab
soalan yang mudah dahulu.
Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR
- Soalan
pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang
dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat
yang disoal.
- Baca
petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.
- Baca
soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.
- Cari
kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda
/ menggaris isi dalam teks.
- Garisi
jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam
petikan.
- Telitilah
jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih
itu benar-benar menepati kehendak soalan.
- Kata
tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya) Membayangkan kerencaman
(kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:
Bil
|
Kata Tugas
|
Respons yang Diharapkan
|
1
|
Apakah
|
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
|
2
|
Siapakah
|
Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
|
3
|
Bilakah
|
Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
|
4
|
Di manakah
|
Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu
peristiwa
|
5
|
Bagaimanakah
|
Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/
keadaan/ langkah/ kejadian
|
6
|
Mengapakah
|
Memberi sebab
|
7
|
Berapakah
|
Menyatakan kuantiti
|
8
|
Manakah
|
Menyatakan pilihan
|
9
|
Tuliskan
|
Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
|
10
|
Nyatakan
|
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian
lanjut/huraian/sokongan
|
11
|
Ulaskan
|
Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
|
12
|
Pilih
|
Membuat pilihan jawapan
|
13
|
Isikan
|
Memasukkan jawapan yang sesuai
|
14
|
Bezakan
|
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
|
15
|
Bincangkan
|
Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai
aspek
|
16
|
Catatkan
|
Merakam sesuatu maklumat
|
- Berhati-hatilah
ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik penyoalan.
Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar, lawan,
seerti dan sebagainya.
- Jangan
sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa
merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata,
lawan kata, maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya
adalah berdasarkan konteks ayat dalam petikan.
- Terdapat
juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang
bertanyakan pendapat anda.
Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang paling tepat dan
logik.
- Sekiranya
terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda
perlu memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan
jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan