Ahad, 28 April 2013

KATA KERJA



TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

 Topik : Sinonim / Antonim


  BAF

·        B  :        1. Baca soalan dengan tenang dan teliti, tanpa    
                                         meninggalkan sebarang perkataan.
                             2. Baca soalan kali kedua.

·        A  :        1. Analisis Soalan.
2. Gunakan tanda kotak                          atau
    garisan _________pada kata kunci dalam soalan.
3. Potong jawapan yang jelas kesalahannya. Peratus 
    memilih jawapan yang tepat lebih tinggi.

·        F   :        1. Fahamkan Soalan.
2. Pilih jawapan yang tepat, bersesuaian dengan gambar 
    yang diberi (jika ada).
3. Jawapan yang tepat akan menghasilkan ayat yang 
   gramatis.
                             4. Menghitamkannya pada kertas jawapan

  
1


Puan Hidayah sedang __________ ubi keledek di dapur.



A
B


merebus
menyalai
C
D
menanak
menjerang



2


Cik Farhana __________ tepak sirih tembaga itu sehingga berkilat semula.


A
B

mencuci          
mengelap
C
D
menggilap
membasuh

3


Lampu belakang kereta Kancil itu pecah kerana di __________ oleh sebuah lori.

A
B

gilis
lanyak
C
D
rempuh
senggol

4


Beberapa ekor anak harimau bintang sedang __________ di bawah pokok ara.

A
B

bermain
bergurau
C
D
bercanda
bersenda

5



Segala nasihat daripada Ustaz Mohammad Ali begitu berkesan dan masih __________ dalam hatinya sehingga kini.

A
B

terjalin
terlekat
C
D
tersemat
termaktub

6
Budak lelaki itu __________ lidahnya kepada adik saya.

A
B
menjelirkan
melunjurkan
C
D
menjalarkan
menghulurkan

7
Nenek Milah __________ air dari kolam untuk menyiram pokok bayam.

A
B
mengaut
menyauk
C
D
mencebok
menceduk

8
Suaranya yang __________ itu menandakan ia sudah dewasa.

A
B
serak
merdu
C
D
garau
nyaring

9
Pokok kobis mesti ditanam __________ supaya pokoknya hidup subur.

A
B
beratur-atur
berbaris-baris
C
D
bertindih-tindih
bersusun-susun

10
Kepingan-kepingan isi kelapa itu __________ beberapa hari untuk dikeringkan sebelum dijual kepada para pembeli.

A
B
disalai
dibakar

C
D
diperam          
dipanggang

Jawapan:
1. A       2. C       3. C       4. A       5. C       6. A       7. D       8. C       9. B       10. A



Tiada ulasan:

Catat Ulasan