Apa khabar semua? Dalam ruangan ini, Cikgu Shaperi ingin menyentuh sedikit tentang indahnya peribahasa kita yang bukan hanya sekadar untuk dihafal sahaja.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Menurut Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
hidup bermasyarakat
bagai aur dengan tebing
maksudnya: tolong-menolong antara satu dengan yang lain
ringan tulang
maksudnya: suka membuat kerja; menolong orang
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
maksudnya: bekerjasama dan saling menolong
|
sikap manusia
murah hati
maksudnya: suka berderma; tidak kedekut
bagai melepaskan batuk di tangga
maksudnya: membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
tangkai jering
maksudnya: orang yang kedekut
seperti pahat dengan penukul
maksudnya: orang yang hanya bekerja apabila diperintah
hidung tinggi
maksudnya: sombong atau tinggi diri
|
hubungan kekeluargaan
bagai menatang minyak yang penuh
maksudnya: memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
air dicencang tidak akan putus
maksudnya: perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga
maksudnya: sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa susah
sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua
maksudnya: walau bagaimana jahatnya keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya
|
Seterusnya, bantu Cikgu Shaperi lengkapkan jadual peribahasa di bawah. Boleh?
untuk berjaya
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
maksudnya: tekun dan sabar membuat kerja, akhirnya berjaya juga
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
maksudnya: kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
maksudnya: jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
maksudnya: hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan
maksudnya: kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan
genggam bara api biar sampai jadi arang
maksudnya: apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian
maksudnya: menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan
belakang parang kalau diasah nescaya tajam
maksudnya: bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia kan pandai juga
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan