Ahad, 28 April 2013

KATA SENDI_KATA HUBUNG




TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

        Topik : Kata Sendi dan Kata Hubung

         BAF

·         B   :           1. Baca soalan dengan tenang dan teliti, tanpa    
                                         meninggalkan sebarang perkataan.
                                    2. Baca soalan kali kedua.

·         A   :           1. Analisis Soalan.
2. Gunakan tanda kotak                          atau
    garisan _________pada kata kunci dalam soalan.
3. Potong jawapan yang jelas kesalahannya. Peratus 
    memilih jawapan yang tepat lebih tinggi.

·         F    :           1. Fahamkan Soalan.
2. Pilih jawapan yang tepat, bersesuaian dengan gambar 
    yang diberi (jika ada).
3. Jawapan yang tepat akan menghasilkan ayat yang 
   gramatis.
4. Menghitamkannya pada kertas jawapan.


1


__________ malam telah larut, Zulaikha masih belum pulang.

A
B

Kerana
Apabila
C
D
Meskipun
Semenjak
2


Kita mesti bersikap amanah __________ tidak dibenci oleh kawan-kawan.


A
B

kerana
apabila
C
D
supaya
walaupun

3


__________ menunggu nasi masak, Mak Milah mencuci pinggan mangkuk.


A
B

Untuk
Kerana
C
D
Selepas             
Sementara

4


__________ hujan lebat, kedua-dua pasukan tetap meneruskan perlawanan bola sepak itu.


A
B

Sebab
Kecuali
C
D
Sekiranya
Walaupun

5



Penduduk Desa Banjar Jaya diarahkan supaya berpindah segera __________ air Sungai Perak semakin naik.


A
B

lalu
kerana
C
D
supaya
walaupun

6
Mohammad Farid membuka buku nota Bahasa Melayu, __________ membacanya.


A
B
lalu
atau
C
D
untuk
selagi


7
__________ kebakaran itu berlaku, Encik Halim sekeluarga tiada di rumah.


A
B
Jika
Kerana

C
D
Tatkala
Setelah


8
Lawatan ________ belajar ke Taman Botani, Putrajaya akan diadakan pada minggu depan.


A
B
untuk
sambil
C
D
kerana 
apabila


9
__________ kejadian itu, hatinya sentiasa tidak tenteram dan tenang.

A
B
Selagi
Apabila
C
D
Semenjak        
Sementara

10
Kakak Nurul Aina mengucapkan selamat tinggal __________ mengesat air matanya ketika dia hendak berangkat ke Tanah Suci.

A
B
maka
tetapi
C
D
sambil
malahan


Jawapan:

1. C       2. C       3. D       4. D       5. B      6. A       7. C      8. B      9. C       10. C





Tiada ulasan:

Catat Ulasan