Ahad, 28 April 2013

TATABAHASA 3


Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...

1.  Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Contoh :
Oleh kerana tidak mendapat kebenaran lawatan, perkhemahan itu dibatalkan. (salah)
Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
Contoh :
Adik saya suka aiskrim. (salah)
Adik saya suka akan aiskrim. (betul)

3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.
Contoh :
Ayah sanggup berkorban demi untuk anaknya. (salah)
Ayah sanggup berkorban untuk anaknya. (betul)   

4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
 Contoh :
Ali amat terpesona dengan keindahan alam di kawasan itu. (salah)
Ali amat terpesona oleh keindahan alam di kawasan itu. (betul) 



Kata Penegas



  • 1. Kata penegas atau partikel ialah perkataan yang digunakan sebagai penegas/pengasas dalam sesuatu pernyataan. Kata penegas atau partikel ialah perkataan kecil yang tidak membawa makna penuh atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-kan makna ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.
  • 2. Kata penegas - yang hanya menegaskan frasa predikat (cerita). 
  • CONTOH BENTUK PARTIKEL Kata penegas -kah , -lah , dan -tah ditulis bercantum pada akhir perkataan. -kah -lah -tah pun
  • 3. Partikel -kah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya dan ayat seruan . 
  • CONTOH : 1) Apa kah yang kamu bawa di dalam beg plastik itu? 
  •                  2) Oh, alang kah bertuahnya kamu kerana mempunyai keluarga yang bahagia! 
  • 4. Partikel -lah digunakan untuk menegas-kan sesuatu suruhan , permintaan , doa atau pernyataan
  • CONTOH : 1) Pemuda itu lah yang telah menghantar saya ke hospital semalam. 
  •                  2) Buat lah seperti yang telah dirancang-kan jika kamu ingin berjaya. 
  • 5. Partikel -tah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan , keadaan harian dan situasi tidak sabar . 
  • CONTOH : 1) Siapa tah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini. 
  •                  2) Bila tah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. 
  • 6. Partikel pun digunakan untuk menegas-kan atau memberi penekanan kepada ayat penyata . 
  • CONTOH : 1) Guru besar pun terlibat dalam gotong-royong semalam. 
  •                  2) Mazlan pun menutup televisyen setelah disuruh oleh ayahnya.





KATA SERU

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh ;
 
Kata SeruPenggunaannyaContoh 
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ada di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
Contoh lain kata seru dan ayat
Kata SerumaksudContoh ayat
wahaimenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
amboimenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
haiHai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nahNah, terimalah habuanmu !
aduhperasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
wahperasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
cehCeh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebahmarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cismarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
ohterkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
ehhairanEh, bila ia terjadi !
syabasgembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahaimenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamakterkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
hahairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahterkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allahhairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !


KATA ADJEKTIF

~ Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang,dan sebagainya.
~ Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A) Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; 
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti
 malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan
 sifat pencaindera seperti masin dan harum.

B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
~ dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh ;
Kasut dia cantik.
Buah manggis itu manis.

2. Pangkat perbandingan
~ merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh ;
Tenaganya sekuat Badang.
Buah rambutan itu semanis gula.

3. Pangkat menyangat
~ menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh ;
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah jambu ini terlalu masak.

4. Pangkat penghabisan
~ menerangkan adjektif paling atau penghabisan.
Contoh ;
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.




KATA PENGUAT

~ Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
~ Kata Penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
KATA PENGUAT HADAPAN:
- paling(P)
- agak (A)
- terlalu (T)
KATA PENGUAT BEBAS:
- sungguh (S)
- amat (A)
- sangat (S)
KATA PENGUAT BELAKANG:
- benar (B)
- sekali (S)
- nian (N)

PERINGATAN:
1. kata penguat hadapan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat.
contoh:
a. terlalu baik sekali (salah)
b. paling cantik sekali (salah)
c. paling besar nian (salah)
2. Ter + Adjektif tidak boleh ditambah Kata Penguat
contoh:
a. terpandai
b. tertinggi
c. terbaik
d. tercantik
3. Ter + amat/sangat + kata adjektif
contoh:
a. teramat rajin
b. tersangat rajin
4. Sungguh/amat/sangat + Kata Adjektif + sekali
contoh:
a. Zafran amat ramah sekali. (betul)
b. Sungguh besar sekali rumah Pak Hasan. (betul)
c. Athirah sangat rajin sekali mengulangkaji pelajaran. (betul)

5. Kata Penguat Bebas boleh berurutan sebelum kata adjektif
Contoh:
a. Suara Saloma sungguh amat merdu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan